Saturday, December 12, 2009

AL-FaTiHaH...

Bismillah...
Assalamualaikum...

korg da tgk brita x?pasai excident kat perlis tu?huhu...
smlm lps ana n mak tgk crita merlin kat tv3 kmi tgk nightline...tb2 da crita pasai excident tu...
ye la perlis ni jarang plak ada apa2 kes masuk brita...kalo masuk brita tu mmg terkejut...mula la nk tau sapa yg excident la apa la...hehe...
perlis ni kn kecik...pi mai pi mai tang tu jgk...kalo x knai org tu pon mesti da kaitan dgn org yg kita knai...kait sana kait sini...hahaha...(penin la ayat ni)
x pe r ana n mak pon tb2 je rasa sebak...ntah sbb pe...pehtu pg td mak n abah ber-skype dgn odah... :phonecry: ..tb2 odah ckp rupa2nya yg excident tu kwn odah tp lebih rapat dgn mie jad ("kwn" odah..hahaa...) depa sama2 mrsm langkawi dulu...ana dgr sebak jg...sbb odah kalo balik perlis n wat motivasi kat skolh dgn mie jad tu mesti ada bdk tu...odah ckp dia pon x sangka...masih terbayang2 je muka bdk yg meninggal tu...bayangkn...bru akad nikah 3 jam je..sedih!~
ana x tau la apa perasaan isteri dia..huhu....
dia tu laki la...haha...dia tu study kat uk amek engineering...isteri dia kalo x silap new zealand...sedih!~:cry:
odah ckp bdk laki tu (arwah) mmg baik sgt3...tp apakan daya...Allah lebih menyayanginya...
kat brita diorg ckp tayar keta arwah tu pancit n diorg terbabas langgar lori yg lawan arus dgn diorg...tp penduduk2 kat situ ckp diorg x dgr bunyi tayar meletup pon...maybe angin lintang apa ke benda ntah...sbb sblom ni mmg penah jd keta hampir terbabas sbb angin lintang kat situ (lebih kurang r crita ni) ataupon bkn angin tp benda len...ehem3..pham2 la noo...
jln tu mmg ana dok guna nk p tusyen bahasa arab...huhu...arwah tu org tmn melati dekat dgn MATRI jd x jauh r dri umah ana...
yg meninggal penganting lelaki,mak dier,ayah dier n org ckp camera man pon meninggal skali sbb diorg bru je balik dri akad nikah kat umah pengantin ppuan...ari ni kenuri kat umah pengantin ppuan...ntah la mcm ner....ana sian benor kat si isteri....:cry:
ana harap dia tabahkan hati...byk org2 kat sini ckp pesal la bdk yg baik n cerdik meninggal...mat rempit tu liat btol nk mati...kakakakah!wat cm ner...org baik tu yg Allah syg...
smlm mat rempit berpesta kat tasik melati perlis...diorg minum air daun ketum pehtu mabuk...penduduk berdekatn x leh wat pape...diorg tendang abeh pasu2 bunga masuk dlm tasik...ari keesokknnya pekerja2 tasik melati tu dok berenang dlm tasik kutip pasu...lawak la plak...hahaha....
k la ek...ana harap semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya...semoga mereka ditempatkn dalam kalangan org yg beriman...amin....salam takziah ana ucapkn kepada keluarga mangsa...

********************************************************************************************

:reading:

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

*********************************************************************************************


nk p mkn kenduri dlu...
papai...
salam~


No comments:

Post a Comment