Sunday, September 29, 2019

Saya Baker! (Part 1)

Assalamualaikum
Hai semua!

2.34 am saya start menulis post blog ni ye. Isi masa kejap menahan rasa mengantuk. Rai tengah tunggu kek dalam oven. Hehehe.

Tetiba merajinkan diri menaip tentang benda ni. Mana tahu boleh jadi kenangan!
Apa cerita ni kan? Ok let me tell you my unexpected and unplanned journey after student life. Fuhhh macam serious je kan.

Siapa yang betul² kenal Rai akan tahu yanh Rai ni suka sangat berniaga berbisnes dari dulu lagi. Dropship sana sini. Jual barang try borong dalam kuantiti kecil dan sebagainya. Sememangnya sehingga final year study pun Rai masih aktif berbisnes. Jadi memang tak mustahil la dalam kepala otak Rai ni, sementara nak tunggu dapat kerja, sudah semestinya Rai nak berbisnes gila gila punya. Teringin nak beli borong barang dari China. Teringin juga jahit tudung sendiri macam zaman asasi dulu sebab memang masyuk cuma time tu financial management teruksss.

Selain berbisnes ni, Rai suka juga masak lauk pauk ni. Walaupun takda la sedap ya amat tapi Rai gigih berusaha terus mencuba. Cewaah. Jadi ada terlintas juga la difikiran nak jual makanan lunch macam lunch box gitu untuk cod.

Alkisah baking ni pula, selama Rai hidup 24 tahun ni boleh dikatakan takda satu pun kek yang berjaya Rai buat. Semuanya almost failed! Dan memang tak suka baking, masak lauk senang, campak campak walaupun salah juga kalau nak ikut petua orang tua tapi still menjadi dan  boleh dimakan. Tapi kalau baking kek ni, silap hari bulan kek tu bertukar jadi batu atau kayu. Rai pun bukanlah penggemar kek tapi suka cheese! Kalau kek coklat pun depends la, macam brownies, tak semua sedap, Rai pernah makan brownies kat beberapa tempat memang sedap! Memang chewy dan fudgy (masa tu noob lagi term tu)

Nak dijadikan cerita, masa bulan Ramadhan 2019 kalau tak silap, ada ig famous ni post video baking brownies, almaklumlah bulan puasa kan, nafsu membuak-buak. Dan Rai dah lama berangan nak buat kek untuk hidang kat tetamu masa hari raya. Tapi tak pernah tercapai sebab selalu penat buat ketupat rendang. Video baking ig famous tu memang menyelerakan dan nampak senang sangat buat brownies, nampak fudgy  dan chewy. Maka bermulalah projek baking brownies untuk raya dan Rai prepare barang bagai. Rai buat brownies tu selepas hari raya pertama, ala senang je buat kek, mesti macam masak lauk, campak campak campak. Then bakar! Taraaaaa! Brownies tak kedut. Alaa korang macam tak tahu, brownies kedut selalu jadi idaman walaupun tak wajib pun brownies tu kedut tapi kedutan brownies tu buat dia nampak menyelerakan kan? Rai punya brownies orang komen cakap mcm apam rupanya! Bila makan, rasa dia not bad, memang fudgy dan chewy cuma sedikit manis. Bila letak dalam peti ais, masya Allah keras jadinya. Pastu Rai noob sangat pi jamu brownies keras tu kat tetamu. Aahh taknak ingat, malu!

To be continued....


2 comments: