Sunday, September 29, 2019

Saya Baker! (Part 1)

Assalamualaikum
Hai semua!

2.34 am saya start menulis post blog ni ye. Isi masa kejap menahan rasa mengantuk. Rai tengah tunggu kek dalam oven. Hehehe.

Tetiba merajinkan diri menaip tentang benda ni. Mana tahu boleh jadi kenangan!
Apa cerita ni kan? Ok let me tell you my unexpected and unplanned journey after student life. Fuhhh macam serious je kan.

Siapa yang betul² kenal Rai akan tahu yanh Rai ni suka sangat berniaga berbisnes dari dulu lagi. Dropship sana sini. Jual barang try borong dalam kuantiti kecil dan sebagainya. Sememangnya sehingga final year study pun Rai masih aktif berbisnes. Jadi memang tak mustahil la dalam kepala otak Rai ni, sementara nak tunggu dapat kerja, sudah semestinya Rai nak berbisnes gila gila punya. Teringin nak beli borong barang dari China. Teringin juga jahit tudung sendiri macam zaman asasi dulu sebab memang masyuk cuma time tu financial management teruksss.

Selain berbisnes ni, Rai suka juga masak lauk pauk ni. Walaupun takda la sedap ya amat tapi Rai gigih berusaha terus mencuba. Cewaah. Jadi ada terlintas juga la difikiran nak jual makanan lunch macam lunch box gitu untuk cod.

Alkisah baking ni pula, selama Rai hidup 24 tahun ni boleh dikatakan takda satu pun kek yang berjaya Rai buat. Semuanya almost failed! Dan memang tak suka baking, masak lauk senang, campak campak walaupun salah juga kalau nak ikut petua orang tua tapi still menjadi dan  boleh dimakan. Tapi kalau baking kek ni, silap hari bulan kek tu bertukar jadi batu atau kayu. Rai pun bukanlah penggemar kek tapi suka cheese! Kalau kek coklat pun depends la, macam brownies, tak semua sedap, Rai pernah makan brownies kat beberapa tempat memang sedap! Memang chewy dan fudgy (masa tu noob lagi term tu)

Nak dijadikan cerita, masa bulan Ramadhan 2019 kalau tak silap, ada ig famous ni post video baking brownies, almaklumlah bulan puasa kan, nafsu membuak-buak. Dan Rai dah lama berangan nak buat kek untuk hidang kat tetamu masa hari raya. Tapi tak pernah tercapai sebab selalu penat buat ketupat rendang. Video baking ig famous tu memang menyelerakan dan nampak senang sangat buat brownies, nampak fudgy  dan chewy. Maka bermulalah projek baking brownies untuk raya dan Rai prepare barang bagai. Rai buat brownies tu selepas hari raya pertama, ala senang je buat kek, mesti macam masak lauk, campak campak campak. Then bakar! Taraaaaa! Brownies tak kedut. Alaa korang macam tak tahu, brownies kedut selalu jadi idaman walaupun tak wajib pun brownies tu kedut tapi kedutan brownies tu buat dia nampak menyelerakan kan? Rai punya brownies orang komen cakap mcm apam rupanya! Bila makan, rasa dia not bad, memang fudgy dan chewy cuma sedikit manis. Bila letak dalam peti ais, masya Allah keras jadinya. Pastu Rai noob sangat pi jamu brownies keras tu kat tetamu. Aahh taknak ingat, malu!

To be continued....


Saturday, August 10, 2019

Raihana is back!

Hai! Assalamualaikum semua.

Macam tak percaya saat ni Rai sedang blogging. Almost 2 years Rai meninggalkan dunia blog. Ok la sekarang new Raihana akan bahasakan diri 'Rai' dalam penulisan instead of 'Ana'. Ana tu macam manja pulekk. Ok walaupun takda sapa nak tahu update tentang Rai, tapi Rai tetap nak lakarkan coretan dalam blog ni sebagai kenangan. Bila baca balik post blog zaman Rai bersekolah, serious rasa kelakar betul. Sekarang? Rai dah pun nak menjejaki alam pekerjaan. Tapi masih menganggur lah sekarang. Cepat kan masa berlalu? Alhamdulillah minggu lepas Rai baru je submit hardbound thesis. Rai ingat next posting Rai nak share dengan korang perjalanan fyp. Fuhhh.

Ok la sampai di sini sahaja.
Tata!

Sunday, August 7, 2016

Resepi Sambal Ikan Kembung (ikan temenung)

Bismillah...
Assalamualaikum...

ok kali ni nk share resepi sambal ikan kembung (org utara pgl ikan temenung)
hehe...
resepi ni rai masak 2 hari lps tp skrg bru rajin sikit nk share XD

Bahan-bahan:

  1. cili kering (dikisar halus)
  2. bawang merah (dikisar halus)
  3. bawang putih (dikisar halus)
  4. halia (dihiris)
  5. ikan kembung (rai guna dlm 13 ekor, ahli family ramai...hehe)
  6. kunyit
  7. garam secukup rasa
  8. gula secukup rasa
  9. sos cili
  10. asam keping (sekeping je tauu!)
  11. minyak masak
  12. air


Cara-cara:

  1. Lumur ikan kembung dgn garam dan kunyit utk digoreng.
  2. Letak tepi dulu ikan tersebut setelah digoreng
  3. Kemudian panaskan minyak utk menumis
  4. Tumis bahan-bahan yg dikisar halus serta halia
  5. Masukkan sedikit air (sikitt je sbb nk tggu lama sikit utk cili betul2 masak)
  6. Apabila mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Haa jgn lupa! letakkn sos sedikit dan asam keping utk mendapatkan rasa masam2 pedas dgn garam gula yg seimbang..masak sehingga naik minyak
  8. Tutup api!
  9. Tuangkan sambal yg dimasak ats ikan yg telah digoreng
  10. Ngapp ngapp ngaappp :D
meh nk up gambaq sikitt...maaf la x reti snap elok2 XD

Wednesday, August 3, 2016

Sup Ayam

Bismillah...
Assalamualaikum
dah setahun lebih rai x update apa2 pun kt blog ni..rasa kekok puleekk XD
ok post kali ni rai nk share sikit resepi sup ayam 3S (super, simple, sedap)..hehehe...
disebabkan dlm last week first time rai cuba masa sup ayam sbb x pnah masak sup sblum ni...sebenarnya sup ni bukan kegemaran rai...tp mcm jatuh hati pulekk dgn sup ayam...
teringt nk share resepi sup ayam ni sb bosan x tau nk buat apa cuti2 ni and then kebetulan hari ni mak minta pulak rai bt lagi sup ayam...hehee... (bangga kejapp)
mcm biasa la, rai punya resepi lauk2 ni xde sukatan, main campak2 je ok?
ok jom start!

Bahan-bahan:

  1. ayam (rai guna 12 ketul)
  2. bawang putih (3-4 ulas)
  3. bawang merah (4-6 ulas sbb rai sukaaa bawang byk2)
  4. bawang besar (1 ulas)
  5. halia (1-3 inch kot...x ukur puleekk)
  6. jintan sikit
  7. buah pelaga sikit
  8. bunga lawang sikit
  9. bunga cengkih sikit
  10. kulit kayu manis
  11. sup bunjut
  12. ubi kentang
  13. lobak merah
  14. daun sup
  15. garam
  16. gula
  17. minyak masak
  18. air (kuantiti ikut la nk kuah sup byk mna)



Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih+bawang merah+halia yg dipotong setelah panaskan minyak di dalam kuali
  2. Masukkan jintan+buah pelaga+bunga cengkih+bunga lawang+kulit kayu manis+sup bunjut utk ditumiskan bersama2 sehingga bau semakin mengancam..hahaha! dan segala bahan yg ditumis sedikit garing (jgn smpai jd bawang goreng)
  3. Selepas itu, masukkan ayam
  4. Apabila ayam sedikit kecut, masukkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang dan lobak merah yg telah dipotong
  6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa
  7. Tunggu la sehingga ayam betul2 masak, dan ubi kentang dan lobak merah menjadi empuk
  8. Masukkan sedikit daun sup dan bawang besar (last touch up). Tunggu sekejap sehingga daun sup agak layu.
  9. Hidangkan dan ngapp ngaapp!


Sup ayam 3S! hehe...
rai buat cili padi sambal kicap...mmg masyukkk sgt kalau mkn dgn sup sbb rai suka pedass
...
simple je...
campurkan cili padi+bawang merah/bawang besar+garam gula secukup rasa+kicap
simple kn?boleh if nk ummpphh lg tmbh belacan...xde gmbr pulak nk share...hehe...
ok la..ngntokk..!tidur dulu...

Thursday, July 2, 2015

Ke mana akan ku melangkah?

Bismillah...
Assalamualaikum...

kadang2 rai sbg insan yg lemah ni mengeluh juga...
sepanjang cuti ni, diri ni sering diselubunngi beberapa persoalan...
ya la...rai ni x berjaya mcm org lain kan?
pointer x lepas pon masuk pharmacy...
ada yg sem ni tetiba pass ada yg cuba nasib ke universiti yg lain...
rai?
juz been like......i juz follow the flow...
kdg2 rasa mcm xda masa depan je... tp x baik pulak fikir mcm tu sbb Allah pasti akn bg sesuatu yg terbaik utk hamba-Nya...
cuma rai ni kdg2 rasa down...
tgk kwn2 post mcm2 kt instagram...
doctor-to-be, pharmacist-to-be, dentist-to-be
bla bla bla...
ya.
rai tau, bkn bidang2 tu ja utk berjaya, tp bukan senang nk ubah pemikiran ni...
walaupun rai x pernah pn da cita2 nk jd pharmacist, apply pn sbb dah x tahu nk jd apa..haha!
tp bila jd mcm ni, down la jgk kn?
nk adapt dgn enviroment baru, kwn bru..aahh!susahnyaaa...
sem 1 cfs iium pj, rai mmg allhs...kwn2 dgn bdk2 nurs,bio sc, allhs...
then lps tu apply utk tukar kos utk pmacy...
then dapat lah so kna masuk short sem...
memandangkn rai bru tukaq kos, rai kna masuk je kelas2 org lain...
ada 3 subjek masa tu rai amek...classmates rai bdk2 kos HS, ICT, BIO SC, BAR..diorg spesis matured2..ngeee~
roomates pulak bdk BEN dan ENCOM..diorg ni spesis enjoy gila x perlu study sgt..haha..
hahaha!masa tu pun dah kna adapt ngn suasana bru...
then masuk cfs iium gambang...
susah jgk nk adaprt dgn bdk2 medic, pmacy, dent
spesis rajin2 sgt pulak dah..haha...
dah ok ngn diorg..tup tup...
degree ni Allah takdirkan rai masuk allhs semula...
ya, sejujurnya masa rai kos allhs sem 1 cfs, rai selesa sgt ngn diorg, study pun study tp bkn dlm keadaan tertekan mcm bdk2 critical course...
uhuks!
rai x tau la apa hikmah semua yg jd ni...apa yg Allah simpan utk rai..
just perlu usaha, sabar, tawakal, redha, yakin, kuatkan semangat...
hahaha!
ok la..sja la post ni sbb nk hilangkan resah di hati ttg masa depan rai...
TRUST ON ALLAH
EVERYTHING WILL BE FINE, INSYA ALLAH...
kuat ya Raihana Ramli <3 nbsp="" p="">

Asam Pedas untuk Dia :)

Bismillah...
Assalamualaikum....

kabare semua?
ok hari ni rai nk share resepi asam pedas rai penah masak...
walaupun first time masak asam pedas, berpuas hati sgt sbb rai sebenaqnya x suka sgt asam pedas, kalau suka pun yg kuah2 pekat...boleh la kira sedap...hehe...
so saja la try masak asam pedas pekat2....
ok so far rai berpuas hati..entah la..rai slalunya kalau masak utk percubaan kali ke2 x menjadi..hehe...
sebab apa kdg2 asam pedas yg kita masak x jd pekat?
mungkin la kita juz tumis bwang then terus masukkan air then campak2 mcm masak tomyam...
rai rasa...rasa je la..bukan pakar memasak pun rai ni...
yg menjadikan asam pedas tu pekat bila kita tumiskan bahan yg dikisar dan kacau bahan2 tu sampai garing dan pecah minyak dan bau masa tu pun mmg yuummyyy la...
then bru masukkan air...
selain dripada tu, yg akn menyedapkan lagi asam pedas ni ialah
BUNGA KANTAN (kt perlis susah betoi nk cri..nk sekuntum org juai RM2..mahai !)
DAUN KESUM
BELACAN
(make sure sebolehnya x miss bahan2 ni)
bunga kantan dan daun kesum tu utk bangkitkn bau asam pedas tu...
belacan tu penambah rasa bg ummpphh!
ok resepi yg rai share ni copy dri blog azlitamasammanis (boleh klik link tu)
boleh la tgk kt blog dia kalau nk tau sukatan yg tepat sbb kalau masakan berlauk mcm ni, rai slalu main campak2 n agak2 je..kalau baking bru skema sikit ikut sukatan....hehee...

Bahan utk campak :

  • ikan tenggiri (rai guna ikan nyoq nyoq) yg dipotong dan dicuci bersih
  • air
  • bendi
  • serai yg diketuk
  • bunga kantan dibelah dua
  • air asam jawa (ni kena ada la....kalau x, x nama ASAM pedas la...)
  • daun kesum
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa (elakkan guna bahan yg ada MSG sepeti ajinomoto, pasti sedap, secukup rasa and whatever....nk guna jgk ikut lah)


Bahan kisar:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • pes cili atau cili kering yg dikisar
  • kunyit hidup
  • lengkuas
  • belacan


Cara-cara :

  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan serai dan bahan yg dikisar sehingga harum, garing dan pecah minyak
  3. Masukkan air dan air asam jawa dan masak sehingga mendidih
  4. Kemudian, masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
  5. Renehkan sebentar sehingga ikan masak
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Akhir sekali masukkan bendi
  8. Masak sebentar dan SIAP!
tq ya sis azlita :)
nahh share gambar asam pedas untuk dia ! eheks!

Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan Kareem

Bismillah...
Assalamualaikum...

heh!ok ni first post utk 2015...
setelah sekian lamanya x update blog ni, finally tercapai jgk hajat nk menyerikan semula blog ni...
ok start from now... panggilan utk diri ini sebagai 'ana' sy tukar menjadi 'rai' okeh?
sedar tak sedar, rai dah pun grad sebagai student cfs iium (padahal kwn2 dah masuk degree berkurun dah..heh)
ok skrg tgh joget joget bercuti...
skrg plak tgh slow2 blajar masak..
rai pn seronok upload2 gambar makanan kt ig...
tapi sedihnya ada org x suka...
sbb tu berazam utk hidupkan semula blog ni...
leh la share resepi ke apa...
ig tu abaikan dlu....hehehe...
rindu la zaman form 1-4 mmg gila blogging...
slalu tukaq templete blog dgn font mcm2 skali edit dgn header blog...
sekarang?hahaha...ok honestly rai lupa dah semua tu...td try tgk utube tutorial nk tukaq fon, otak ni dah lmbt pick up x mcm dlu...sedihnya T_T
sejak ada smartphone. laptop pn jarang rai layan, sbb tu abaikan my blog ni...hehe..
rasa tergelak bca post2 dlu..nk delete syg...ngeeee~
haaa! mlm ni dah mlm 14 Ramadhan...cepat sungguh masa...
rebutlah pahala sebanyak yg mungkin ye...
rai pn kdg2 lemah iman jgk...kekekee..lgpn cuaca tgh panas lit lit skrg..mmg cabaran bulan puasa..
kuat kuat kuat!heheheee....
ok la...chaw dlu eh...
ni starter je dlu :P
Salam Ramadhan utk semua ^_^