Wednesday, August 3, 2016

Sup Ayam

Bismillah...
Assalamualaikum
dah setahun lebih rai x update apa2 pun kt blog ni..rasa kekok puleekk XD
ok post kali ni rai nk share sikit resepi sup ayam 3S (super, simple, sedap)..hehehe...
disebabkan dlm last week first time rai cuba masa sup ayam sbb x pnah masak sup sblum ni...sebenarnya sup ni bukan kegemaran rai...tp mcm jatuh hati pulekk dgn sup ayam...
teringt nk share resepi sup ayam ni sb bosan x tau nk buat apa cuti2 ni and then kebetulan hari ni mak minta pulak rai bt lagi sup ayam...hehee... (bangga kejapp)
mcm biasa la, rai punya resepi lauk2 ni xde sukatan, main campak2 je ok?
ok jom start!

Bahan-bahan:

  1. ayam (rai guna 12 ketul)
  2. bawang putih (3-4 ulas)
  3. bawang merah (4-6 ulas sbb rai sukaaa bawang byk2)
  4. bawang besar (1 ulas)
  5. halia (1-3 inch kot...x ukur puleekk)
  6. jintan sikit
  7. buah pelaga sikit
  8. bunga lawang sikit
  9. bunga cengkih sikit
  10. kulit kayu manis
  11. sup bunjut
  12. ubi kentang
  13. lobak merah
  14. daun sup
  15. garam
  16. gula
  17. minyak masak
  18. air (kuantiti ikut la nk kuah sup byk mna)



Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih+bawang merah+halia yg dipotong setelah panaskan minyak di dalam kuali
  2. Masukkan jintan+buah pelaga+bunga cengkih+bunga lawang+kulit kayu manis+sup bunjut utk ditumiskan bersama2 sehingga bau semakin mengancam..hahaha! dan segala bahan yg ditumis sedikit garing (jgn smpai jd bawang goreng)
  3. Selepas itu, masukkan ayam
  4. Apabila ayam sedikit kecut, masukkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang dan lobak merah yg telah dipotong
  6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa
  7. Tunggu la sehingga ayam betul2 masak, dan ubi kentang dan lobak merah menjadi empuk
  8. Masukkan sedikit daun sup dan bawang besar (last touch up). Tunggu sekejap sehingga daun sup agak layu.
  9. Hidangkan dan ngapp ngaapp!


Sup ayam 3S! hehe...
rai buat cili padi sambal kicap...mmg masyukkk sgt kalau mkn dgn sup sbb rai suka pedass
...
simple je...
campurkan cili padi+bawang merah/bawang besar+garam gula secukup rasa+kicap
simple kn?boleh if nk ummpphh lg tmbh belacan...xde gmbr pulak nk share...hehe...
ok la..ngntokk..!tidur dulu...

2 comments:

  1. Sedap nampak...kjah selalu buat sup tak bubuh jintan...ni jintan putih ka manis?

    ReplyDelete
  2. sebenaqnya ana hentam ja....rasanya manis kot XP

    ReplyDelete