Sunday, August 7, 2016

Resepi Sambal Ikan Kembung (ikan temenung)

Bismillah...
Assalamualaikum...

ok kali ni nk share resepi sambal ikan kembung (org utara pgl ikan temenung)
hehe...
resepi ni rai masak 2 hari lps tp skrg bru rajin sikit nk share XD

Bahan-bahan:

  1. cili kering (dikisar halus)
  2. bawang merah (dikisar halus)
  3. bawang putih (dikisar halus)
  4. halia (dihiris)
  5. ikan kembung (rai guna dlm 13 ekor, ahli family ramai...hehe)
  6. kunyit
  7. garam secukup rasa
  8. gula secukup rasa
  9. sos cili
  10. asam keping (sekeping je tauu!)
  11. minyak masak
  12. air


Cara-cara:

  1. Lumur ikan kembung dgn garam dan kunyit utk digoreng.
  2. Letak tepi dulu ikan tersebut setelah digoreng
  3. Kemudian panaskan minyak utk menumis
  4. Tumis bahan-bahan yg dikisar halus serta halia
  5. Masukkan sedikit air (sikitt je sbb nk tggu lama sikit utk cili betul2 masak)
  6. Apabila mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Haa jgn lupa! letakkn sos sedikit dan asam keping utk mendapatkan rasa masam2 pedas dgn garam gula yg seimbang..masak sehingga naik minyak
  8. Tutup api!
  9. Tuangkan sambal yg dimasak ats ikan yg telah digoreng
  10. Ngapp ngapp ngaappp :D
meh nk up gambaq sikitt...maaf la x reti snap elok2 XD

Wednesday, August 3, 2016

Sup Ayam

Bismillah...
Assalamualaikum
dah setahun lebih rai x update apa2 pun kt blog ni..rasa kekok puleekk XD
ok post kali ni rai nk share sikit resepi sup ayam 3S (super, simple, sedap)..hehehe...
disebabkan dlm last week first time rai cuba masa sup ayam sbb x pnah masak sup sblum ni...sebenarnya sup ni bukan kegemaran rai...tp mcm jatuh hati pulekk dgn sup ayam...
teringt nk share resepi sup ayam ni sb bosan x tau nk buat apa cuti2 ni and then kebetulan hari ni mak minta pulak rai bt lagi sup ayam...hehee... (bangga kejapp)
mcm biasa la, rai punya resepi lauk2 ni xde sukatan, main campak2 je ok?
ok jom start!

Bahan-bahan:

  1. ayam (rai guna 12 ketul)
  2. bawang putih (3-4 ulas)
  3. bawang merah (4-6 ulas sbb rai sukaaa bawang byk2)
  4. bawang besar (1 ulas)
  5. halia (1-3 inch kot...x ukur puleekk)
  6. jintan sikit
  7. buah pelaga sikit
  8. bunga lawang sikit
  9. bunga cengkih sikit
  10. kulit kayu manis
  11. sup bunjut
  12. ubi kentang
  13. lobak merah
  14. daun sup
  15. garam
  16. gula
  17. minyak masak
  18. air (kuantiti ikut la nk kuah sup byk mna)



Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih+bawang merah+halia yg dipotong setelah panaskan minyak di dalam kuali
  2. Masukkan jintan+buah pelaga+bunga cengkih+bunga lawang+kulit kayu manis+sup bunjut utk ditumiskan bersama2 sehingga bau semakin mengancam..hahaha! dan segala bahan yg ditumis sedikit garing (jgn smpai jd bawang goreng)
  3. Selepas itu, masukkan ayam
  4. Apabila ayam sedikit kecut, masukkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan ubi kentang dan lobak merah yg telah dipotong
  6. Selepas itu masukkan garam secukup rasa
  7. Tunggu la sehingga ayam betul2 masak, dan ubi kentang dan lobak merah menjadi empuk
  8. Masukkan sedikit daun sup dan bawang besar (last touch up). Tunggu sekejap sehingga daun sup agak layu.
  9. Hidangkan dan ngapp ngaapp!


Sup ayam 3S! hehe...
rai buat cili padi sambal kicap...mmg masyukkk sgt kalau mkn dgn sup sbb rai suka pedass
...
simple je...
campurkan cili padi+bawang merah/bawang besar+garam gula secukup rasa+kicap
simple kn?boleh if nk ummpphh lg tmbh belacan...xde gmbr pulak nk share...hehe...
ok la..ngntokk..!tidur dulu...